PENJAGAAN KESIHATAN MULUT IBU HAMIL DAN BAYI
RM28.00
Sinopsis
Skop kesihatan pergigian sebenarnya cukup luas seperti bidang kesihatan yang lain, namun buku “Penjagaan Kesihatan Mulut Ibu Hamil dan Bayi” dikhususkan kepada masalah pergigian ibu hamil dan anak sehingga berusia lima tahun. Buku ini mengetengahkan penjagaan kesihatan mulut ibu hamil, kesan terhadap bayi dalam kandungan dan penjagaan kesihatan mulut bayi sehingga berusia lima tahun. Kita terlalu biasa menerima sesuatu tanpa banyak memikirkan keperluan fungsinya sehingga menyebabkan kita tidak menghargai mulut, anugerah yang diberikan oleh-Nya kepada kita. Tanpa mulut bagaimana kita hendak memakan makanan berkhasiat untuk memastikan tubuh sentiasa sihat. Sewajarnya kita memberikan perhatian kepada mulut pemberian Tuhan yang cukup sempurna dan menjaganya demi kebaikan kita akhirnya. Semoga maklmat di dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca.