PENJAGAAN DIRI PESAKIT DIABETES
RM25.00
Sinopsis
Penyakit diabetes atau kencing manis merupakan salah satu penyebab utama kematian hari ini. Namun demikian tidak bermakna semua pesakit diabetes hanya menunggu masa untuk mati. Mereka harus meneruskan hidup, malah menjalani kehidupan seperti insan lain yang sihat. Mereka boleh bekerja, bersenam, bersosial, beribadat dan bergembira di samping keluarga tersayang. Sebagai penghidap diabetes, bukan bermakna mereka hanya menyerah kepada takdir semata-mata dan menunggu saat kematian tanpa berusaha untuk merawatnya. Buku Penjagaan Diri Pesakit Diabetes ini diharapkan dapat membantu dan memberikan panduan yang jelas kepada pesakit, terutamanya dalam membantu mengurus penyakit diabetes. Antara pengurusan penyakit diabetes, termasuklah mendapatkan maklumat tentang diabetes, pemantauan aras glokosa, dos pengambilan ubat yang tepat dan yang paling penting menjaga kebersihan diri.