PENGURUSAN INSAN BERTERASKAN ISLAM
RM15.00
Sinopsis
Pengurusan insan sering kali diberikan penumpuan dalam semua bidang tidak kira dalam perindustrian, pembangunan mahupun pengurusan dalam keluarga, institusi, masyarakat, negara atau dunia. Pengurusan insan dilihat sebagai satu komponen penting yang dititikberatkan dalam arus globalisasi masa kini. Walau bagaimanapun, banyak isu yang membabitkan insan dilihat semakin kritikal seperti alam sekitara, keamanan, sosial, masyarakat, globalisasi dan banyak lagi. Isu-isu ini secara langsung memberikan implikasi terhadap pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Hal ini kerana implikasi ini bertitik tolak daripada pengurusan insan yang tidak holistik. Oleh itu, buku ini mengupas kejadian asal insan untuk menangani isu-isu pengurusan insan daripada perspektif Islam.