Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

PENGENALAN NAHU FUNGSIONAL

Penulis: Mohammad Fadzeli Jaafar

Buku ini mempersembahkan asas nahu fungsional dalam konteks bahasa Melayu. Asas tersebut merangkumi tiga komponen metafungsi bahasa yang dianjurkan oleh Halliday dalam nahu fungsional, iaitu interpersonal, ideasional dan tekstual. Kesemua metafungsi dibincangkan dari segi konsep dan aplikasinya terhadap wacana bahasa Melayu.

Aplikasi yang dipaparkan dalam buku ini dapat membantu pembaca memahami cara bahasa digunakan dalam konteks tertentu. Buku ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar universiti, termasuk para guru, pensyarah dan penyelidik bahasa Melayu. Istilah linguistik yang lazim digunakan dalam nahu fungsional telah dijelaskan dengan berpada, dibantu oleh penggunaan data yang autentik, yang dicungkil daripada pelbagai sumber korpus bahasa Melayu.

Buku ini boleh mencambah pemikiran tentang teori tatabahasa yang berkembang di Malaysia yang selama ini hanya diperkenalkan dengan teori tatabahasa tradisional, tatabahasa struktural dan teori nahu generatif. Maka, penerapan nahu fungsional dalam buku ini memperkenalkan teori nahu wacana, yang berorientasikan fungsi dan makna.

Price range: RM28.00 through RM34.00

No. Produk: 499320000201149465440101-jendela Kategori: Tag:

Butiran Produk

No. Produk
499320000201149465440101
No. ISBN
9789834946548
No. eISBN
978-983-49-5575-5
Tarikh Terbit
08 Okt 2024
Bil. Halaman (ms)
190
Penulis
Mohammad Fadzeli Jaafar
Berat (Versi Cetak)
0.24kg
Saiz PDF
3 MB