PEMBANGUNAN LESTARI DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN
Buku Pembangunan Lestari dan Pembasmian Kemiskinan ini memuatkan 21 makalah yang berkait rapat dengan tema Pembangunan Lestari dan hubungannya dengan Pembasmian Kemiskinan yang disusun dalam dua bahagian, iaitu Bahagian 1: Ekonomi Luar Bandar, Kelestarian dan Kemiskinan, dan Bahagian 2: Program, Impak, Cabaran dan Implikasi.
Buku ini menghimpunkan makalah yang ditulis oleh gabungan penyelidik berpengalaman dan muda berkaitan dengan pelbagai isu pembangunan luar bandar serta pembangunan lestari dan pembasmian kemiskinan. Buku ini kaya dengan pengalaman ilmu, penyelidikan dan pengajaran yang berguna serta memberikan manfaat kepada golongan pelajar, pembaca dan masyarakat awam yang meminati bidang pembangunan luar bandar.
Price range: RM75.05 through RM97.75



