Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

PAHLAWAN TUK GURU

Penulis: Amir Marhin Ibrahim

Pahlawan Tuk Guru ialah sebuah novel sejarah yang menceritakan perjuangan Mat Kilau yang dipanggil Tuk Guru menentang penjajah Inggeris. Bukan penjajah sahaja yang menjadi ancaman malah tali barut daripada anak Melayu sendiri di samping ketinggalan teknologi tempur iaitu senapang dan peluru yang dimiliki British dan tentera upahannya menjadikan usaha Tuk Guru dan pengikutnya penuh onak dan duri. Mungkin sesuai dengan cakupan sejarahnya, novel ini tiada elemen misteri yang menarik-narik rasa untuk terus membaca. Yang ada hanyalah sedikit unsur suspens sewaktu di medan tempur.
Novel ini juga terus berputar kepada agenda perjuangan Tuk Guru yang tidak mahu dijajah orang asing yang kafir dan terhad setakat itu tanpa penjelasan lanjut. Tiada elemen falsafah daripada Tuk Guru iaitu sebab tidak mahu diperintah orang kafir. Ini seperti dialognya dengan seorang anak muda yang gagal menjelaskan perkara tersebut apabila anak muda tadi berhujah bahawa hidup lebih senang di bawah perintah British.

Price range: RM8.55 through RM10.20

Butiran Produk

No. Produk
899521114613101
No. ISBN
9789834614614
Tarikh Terbit
25 Ogo 2015
Bil. Halaman (ms)
95
Penulis
Amir Marhin Ibrahim
Berat (Versi Cetak)
0.14kg
Saiz EPUB
473 KB