15%

PAHLAWAN TEGAR MERDEKA

RM76.50

Padam

Penerangan

Sebuah karya yang mengimbau kembali saat getir negara berhadapan dengan ancaman komunis, dan mengetengahkan peranan Pasukan Keselamatan Negara dalam menghadapi pemberontakan Parti Komunis Malaya sekitar tahun 1948-1989. Sebagai mewakili keseluruhan anggota Pasukan Keselamatan Negara yang terlibat dalam operasi menentang Parti Komunis Malaya, pengalaman tokoh-tokoh dalam karya ini amat memberi makna kepada pembaca. Pengalaman yang diceritakan akan memberikan kesedaran kepada pembaca tentang erti sebuah perjuangan. Walaupun mereka dianggap wira kecil, namun semangat perjuangan mereka tidak pernah padam malahan sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi tanah air tercinta. Kemakmuran dan keselesaan hidup yang kita nikmati daripada kemerdekaan negara merupakan hasil keringat, darah dan air mata pejuang terdahulu. Hargai dan pertahankah kemerdekaan yang dikecapi supaya sejarah hitam tidak berulang.

Maklumat

No. Produk
355521316084102
No. ISBN/ISSN
9789834616083
Tarikh Terbit
16 Jun 2014
Muka Surat
638
Penulis
Ramlah Adam
Berat (Versi Cetak)
1.83kg