15%

NOVEL SEJARAH: KALBU QALHA

RM27.20

Padam

Penerangan

Sejarah negeri Qalha (Kedah) dalam novel ini diceritakan oleh Tunku Anum bin Tunku Abdul Rahman yang dilahirkan pada tahun 1790 (cucu kepada Tunku Muhammad Jiwa, Sultan Qalha ke-19). Gambaran sejarah Qalha yang kaya dengan hasil emas dan besi serta tanaman rempah ditampilkan. Qalha pernah diserang oleh Kerajaan Chola dari India dan akhimya dijajah oleh Siam yang bersekongkol dengan Inggeris pada abad ke-19. Novel ini selanjutnya mengisahkan perjuangan orang Melayu menentang penjajahan Siam terhadap negeri Qalha. Melalui watak Tunku Anum, kuasa Melayu dapat dikembalikan.

Pergolakan politik dan kacau-bilau di Negeri-Negeri Melayu turut dicetuskan oleh pendatang Inggeris, Belanda dan Portugis. Nama Francis Light tidak dapat dipisahkan daripada Pulau Pinang Siapa Francis Light ini sebenarnya? Siapa Sui Sabariah Cahaya Alam? Hubungan mereka tercatat dalam surat-surat lama. Kenapa Francis Light menjadi tempat mengadu Siti Sabariah Cahaya Alam?

Maklumat

No. Produk
899320050201149141040101
No. ISBN/ISSN
9789834914103
Tarikh Terbit
02 Mei 2017
Muka Surat
596
Penulis
Amelia Hashim
Berat (Versi Cetak)
0.40kg