NOVEL REMAJA: FORMULA WAN

RM18.00

Padam

Penerangan

Menonton rancangan sukan, terutama perlumbaan kereta merupakan kegemaran keluarga Wan Mulok. Bermula dengan minat menonton perlumbaan kereta, dalam diam-diam Wan Mulok semakin berminat dengan kereta dan perlumbaan go-kart. Walau bagaimanapun sebagai seorang anak pekebun sayur yang berpendapatan rendah, cita-cita Wan Mulok mungkin tidak dapat direalisasikan. Hinggalah pada suatu hari Wan Mulok berjumpa dengan Pak Usin. Pak Usinlah yang bertanggungjawab untuk merealisasikan cita-cita Wan Mulok. Walau bagaimanapun, tuah tidak menyebelahi Wan Mulok. Pemergian Pak Usin menyebabkan Wan Mulok sedih dan kecewa sehingga dia gagal dalam perlumbaan sulungnya. Namun, cita-cita menjadikan Wan Mulok cekal menghadapi dugaan. Setiap dugaan yang dilalui oleh Wan Mulok dihadapi dengan tabah dan diatasi secara bijaksana. Sehingga Wan Mulik bertemu dengan satu formula…

Maklumat

No. Produk
899521109363102
No. ISBN/ISSN
9789834609368
Tarikh Terbit
06 Dis 2013
Muka Surat
294
Penulis
Naeng Ma Penner
Berat (Versi Cetak)
0.23kg