NOVEL REMAJA: DUNIA AROUZA
“Ini bukannya mimpi, Aiman. Kamu harus menerima hakikat bahawa hanya kamu yang masih hidup. Ayah, ibu, adik-beradik dan rakan kamu sudah lama tiada.” – Tabib Demin.
“Saya sering bersama dengan kamu ketika bersendirian. Tugas saya, merangsang imaginasi kamu ketika bermain permainan dalam talian pada 7000 tahun yang lalu.” – Sakura.
“Orang seperti kamu memang tidak layak menjadi pemimpin.” – Aiman.
Setelah terjaga daripada koma yang panjang, Aiman mendapati keadaan di sekelilingnya berubah 360 darjah. Dunia fantasi yang sama seperti permainan dalam talian menjadi nyata. Pada mulanya, Aiman berasa terasing dengan suasana yang begitu berbeza. Penghijrahan Aiman ke Kota Eloza dan menyertai Persatuan Perisai Perak telah menemukannya dengan rakan baharu yang sentiasa bersama-sama mengharungi cabaran di luar jangkaan. Adakah Aiman mampu membiasakan diri dengan dunia baharu yang dikenali sebagai Dunia Arouza?
Price range: RM15.00 through RM21.25


