15%

MENCARI CAHAYA

RM21.25

Padam

Penerangan

Cahaya dalam diri Kwai sudah lama terpadam. Kehilangan orang tersayang, mencampakkan dia jauh ke dalam sebuah kehidupan yang melarat. Kwai hanya mahu hidup dalam dunianya yang tersendiri sebagai orang gelandangan.

Namun, Kwai tidak boleh menyembunyikan diri selama-lamanya kerana hidup ini telah sedia diatur oleh Penciptanya. Pada suatu malam, di sebuah lorong sunyi, dia dipertemukan dengan Raiyan. Gaya hidup gelandangannya mencetuskan tanda tanya kepada Raiyan sehingga mendorong anak muda itu mengorek cerita peribadi Kwai.

Yang seorang mahu membenamkan kisah pahit silamnya dalam-dalam. Yang seorang lagi mahu menjadikan sejarah lalu sebagai kekuatan menuju masa hadapan.

Sesuatu yang pasti, ada rahsia yang terpendam antara mereka.

Mungkinkah rahsia akan terbongkar atau rahsia kekal sebagai rahsia?

Maklumat

No. Produk
899320050201149086740101
No. ISBN/ISSN
9789834908676
Tarikh Terbit
02 Feb 2017
Muka Surat
353
Penulis
Salina Ibrahim
Berat (Versi Cetak)
0.25kg