15%

MEMAHAMI TAHALUF SIYASI

RM17.00

Padam

Penerangan

Perbincangan dalam buku ini melibatkan tiga aspek tahaluf siyasi iaitu prinsip, ciri dan syarat yang dirumuskan daripada penelitian terhadap al-Qur’an dan hadis. Ketiga-tiga aspek ini juga berkait rapat dengan konsep, falsafah dan kaedah penggunaan tahaluf dari Sirah Nabi SAW. Konsep tahaluf siyasi ini penting untuk difahami supaya dapat membina kefahaman mengenai pembinaan perjanjian dan kaedah perundingan Islam terbaharu dalam politik pembangunan semasa. Tahaluf siyasi dalam buku ini dilaksanakan dengan falsafah, tasawur dan acuan yang tersendiri tanpa bercampur aduk dengan falsafah perjanjian politik konvensional. Ia menjadi bidang yang dibentuk mengikut acuan Islam, bukannya dibentuk berdasarkan celupan dari Barat. Terdapat pendirian sebahagian sarjana yang mengatakan bahawa tahaluf siyasi ini hanyalah boleh digunakan khusus untuk politik kepartian atau pun politik kenegaraan sahaja. Namun, konsep tahaluf siyasi yang diperkenalkan dalam buku ini lebih komprehensif……………..

Maklumat

No. Produk
320320000201149142640101
No. ISBN/ISSN
9789834914264
Tarikh Terbit
31 Okt 2017
Muka Surat
177
Penulis
Mohd Syakir Mohd Rosdi
Berat (Versi Cetak)
0.23kg