MANUSIA DAN ISLAM JILID 3

RM15.00

Padam

Penerangan

Salah faham terhadap Islam berpunca daripada kedangkalan ilmu teras tentang Islam dan penafsiran Islam yang tidak mengikut paradigma, dasar. falsafah, ilmu dan nilai Islam secara menyeluruh dan sistematik. Akibatnya, masing-masing membuat kesimpulan yang saling bertentangan yang membawa kepada perpecahan antara umat Islam itu sendiri. Maka, cita-cita untuk mewujudkan suatu umat yang saksama, unggul dan menjadi ikutan hanya tinggal cita-cita dan nostalgia.

Buku Manusia dan Islam Jilid 3, diterbitkan dengan keinsafan bahawa hal hal tersebut perlu diatasi secara bijak dan simpati agar potensi generasi dalam kalangan umat Islam dapat dimanfaatkan untuk tujuan yang murni itu.

Buku ini memberikan berbagai-bagai ilmu dan tafsiran asas agama Islam dan kehidupan masyarakat Islam dari aspek Islam dan kemiskinan, mu’amalat, riba, hak-hak asasi manusia dalam Islam dan tentang hakikat kejadian manusia, agama secara umum serta perbincangan tentang Islam secara khusus.

Maklumat

No. Produk
297320050201162152340106
No. ISBN/ISSN
9789836215239
Tarikh Terbit
08 Okt 2015
Muka Surat
361
Penulis
Dr. Haron Din
Berat (Versi Cetak)
0.43kg