MANISNYA RAMBUTAN KAMPUNG

RM28.00

Padam

Penerangan

Manisnya Rambutan Kampung mengisahkan Mak Engku Tuan Wok, seorang wanita tua yang mempunyai semangat yang kental dan kegigihan dalam mempertahankan warisan tradisi turun-temurun yang diwarisinya. Malangnya, anak-anak Mak Engku Tuan Wok langsung tidak mengikut semangatnya dan sering sahaja mengetepikan tradisi yang diamalkan bertahun lama. Pulang menziarahi juga jarang-jarang. Disebabkan kesunyian, Mak Engku Tuan Wok mengambil dua beradik yatim piatu, Syafiq dan Iqbal, sebagai keluarga angkatnya. Segala rasa kasih dan sayang dicurahkan kepada mereka sehingga menimbulkan rasa cemburu dalam hati anak dan cucunya sendiri. Pelbagai masalah timbul dalam keluarga kecil Mak Engku Tuan Wok. Mampukah Mak Engku Tuan Wok mengekalkan tradisinya dan hubungan baik ahli keluarganya? Masih maniskah perhubungan kekeluargaan ini, semanis rambutan kampung?

Maklumat

No. Produk
899320050201149186140101
No. ISBN/ISSN
9789834918613
Tarikh Terbit
11 Apr 2018
Muka Surat
427
Penulis
Zahari Affandi
Berat (Versi Cetak)
0.35kg