15%

LUKA NERING

RM23.80

Padam

Penerangan

Sebagai seorang anak raja yang diasuh untuk menduduki singgahsana takhta kerajaan negeri, dendam TC terhadap Perjanjian Pangkor dan penulisan sejarah tentang tanah leluhur dan bangsanya seakan-akan tertangguh. Dia seorang anak muda yang berpelajaran tinggi dan faham pautan antara raja dengan rakyat. Saat takdir menyeretnya ke Rumah Sakit Otak, cakerawalanya berubah serta-merta. Mujurlah, persahabatan yang tidak terduga dengan Haji Pohon Nering, Dr. Uzai, Sister Yuria, Gina, Arbakyah, dan Abang Topi, menyuntik makna kehidupan sebenar buatnya. TC sayangkan bangsa dan tanah airnya. Mimpinya tidak tentang istana, tetapi sebaliknya berlegar di kampung-kampung – di rumah-rumah beratap nipah dan sungai. Dan, TC juga sayangkan Sharifah Atikah, seorang gadis kampung yang setia. Hanya ketika tubuhnya terkunci dalam dunia baharu yang ditemuinya, dia menyedari betapa di istana juga wujud ketidakjujuran dan penipuan, dengan segala komplotnya.

Maklumat

No. Produk
521119274101
No. ISBN/ISSN
9789834919275
Tarikh Terbit
06 Dis 2014
Muka Surat
389
Penulis
Malim Ghozali PK
Berat (Versi Cetak)
0.32kg