15%

LAVENDER RIMBA

RM21.25

Padam

Penerangan

Lavender Rimba mengisahkan dilema yang ditanggung oleh Heilynda yang dibesarkan di perkampungan orang asli yang mempunyai perbezaan dari segi paras rupa, fizikal dan intelek. Dia yang mempunyai wajah kacukan ‘mat salih’ cuba mencari identiti sebenar setelah terdedah dengan kehidupan di sekolah menengah yang terletak di bandar. Sejak itu, banyak persoalan yang menghunjam fikirannya tentang siapa sebenarnya dirinya, yang berada di tengah-tengah kelompok masyarakat yang rata-ratanya sama. Dalam masa yang sama, persekitaran tempat tinggalnya yang kaya dengan khazanah alam semula jadi semakin diancam pembangunan sektor pertanian yang semakin pesat dan tidak terkawal. Kerakusan pengusaha ladang komersial dan ketidakpedulian segelintir pihak menyebabkan bencana sehingga meragut banyak nyawa. Siapakah sebenarnya Heilynda? Adakah dia terselamat daripada mala petaka? Dapatkah dia mendepani cabaran hidup dengan identiti dirinya yang berbeza?

Maklumat

No. Produk
899521118574101
No. ISBN/ISSN
9789834618575
Tarikh Terbit
05 Mac 2015
Muka Surat
321
Penulis
Mohd. Fauzi Abdul
Berat (Versi Cetak)
0.30kg