KUMPULAN PUISI : TERKUNCI DAN TERBELENGGU
Kumpulan puisi ini memuatkan 115 buah puisi yang meliputi tempoh kira-kira tiga dekad penulis menceburi bidang puisi khasnya dan sastera amnya. Liputan tempoh tersebut dapat dikesan melalui catatan di bawah puisi awalnya “Perwira Sarawak” yang terbit pada tahun 1963 hingga puisi akhir dalam kumpulan ini berjudul “Tunku” bertarikh Oktober 1994. Sebagai penulis yang mendewasa bersama-sama alamnya, maka tahap perkembangan kematangan mengekspresikan seni puisinya dapat ditelusuri daripada puisi-puisinya yang awal hinggalah puisi-puisinya yang terakhir. Persoalan yang digambarkan kepada khalayak pembaca merupakan luahan suara hati dalam menyampaikan perasan dan pemikiran yang begitu mendalam terhadap kehidupan.
Original price was: RM15.00.RM12.75Current price is: RM12.75.

