Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

KUMPULAN PUISI: SUMUR KEBENARAN

Penulis: Peter Augustine Goh

Sumur Kebenaran mengandungi 100 buah puisi yang mengetengahkan persoalan kemasyarakatan seperti kecintaan terhadap alam, kemiskinan, keresahan diri dan perjuangan cinta kepada agama, bangsa dan negara. Penulis cuba mempamerkan tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi dalam penyampaian ilmu dan fakta yang dikemukakan kesan daripada pengalaman peribadi penulis. Idea dan pemikiran yang digarap dengan penuh teliti sehingga menghasilkan sebuah kumpulan puisi yang bermutu, bersifat semasa dan segar untuk dihayati.
Keseluruhannya, kumpulan puisi ini seimbang dalam aspek persembahan mesej, penggunaan gaya bahasa, penyampaian pemikiran dan falsafah dengan olahan bahasa yang mudah difahami.

RM15.00

Butiran Produk

No. Produk
899320050201149126240101
No. ISBN
9789834912628
Tarikh Terbit
17 Nov 2016
Bil. Halaman (ms)
130
Penulis
Peter Augustine Goh
Berat (Versi Cetak)
0.15kg