KUMPULAN PUISI: KERANA KATA-KATA
RM18.00
Sinopsis
“Kerana kata-kata kita masih di sini masih menantikan jawapan jitu bagaikan tergantung kaku dan sayu di tengah-tengah gemuruh guruh hujan tak jadi sampai bila harus begini yang kita tak pasti yang pasti hidup ini sebuah pentas penuh lakonan pesona sandiwara.”
Kumpulan puisi Kerana Kata-kata diwarnai dengan tema ketuhanan, perenungan diri dan kemasyarakatan. Puisi-puisi berkisarkan pengabdian diri terhadap Pencipta, kesedaran Islami dan kehidupan manusia yang berupa peringatan, nasihat, motivasi diri dan kasih sayang. Pengarang memaparkan pemikirannya secara jelas, iaitu menyampaikan persoalan Islami dan memperlihatkan pengetahuannya yang mendalam terhadap hubungan manusia dengan Pencipta. Kesannya, puisi dapat dihayati dan difahami dengan mudah oleh pembaca.