15%

KUMPULAN CERITA RAKYAT SARAWAK: NARIAK DAN PUTERI KAYANGAN

RM15.30

Padam

Penerangan

Negeri Sarawak mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan suku kaum Iban, Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau, Kedayan, Orang Ulu, dan sebagainya – yang masing-masing mempunyai warisan budaya dan tradisi lisan sendiri. Kumpulan cerita rakyat Sarawak Nariak dan Puteri Kayangan ini menghimpunkan 18 buah cerita rakyat orang Punan yang tergolong dalam kumpulan Orang Ulu. Cerita-ceritanya terdiri daripada cerita asal usul, lipur lara, dan cerita jenaka yang berunsurkan pengajaran dan nasihat. Antara cerita yang dipapar kan ialah “Batu Sebungan”, “Suwau dan Akek Kurut”, “Kasau dan Dayang Menterik”, “Inan Benyai Menjadi Ular”, dan banyak lagi. Cerita rakyat dapat diertikan sebagai ekspresi budaya sesuatu masyarakat melalui bahasa tutur yang berhubung langsung dengan pelbagai aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut.

Maklumat

No. Produk
398521118494101
No. ISBN/ISSN
9789834618490
Tarikh Terbit
18 Sep 2015
Muka Surat
142
Penulis
Jiso Rutan, Abdul Kadir Mohd. Yunus
Berat (Versi Cetak)
0.14kg