Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

KOLEKSI CERITA SITI: RUMAH SEMUT KUALA ABAI

Penulis: Siti Zainon Ismail

Koleksi Cerita Siti ini menghimpunkan empat buah buku cerita yang dipersembahkan dalam bentuk puisi. Setiap judul menceritakan pengalaman Siti yang berbeza. Penggunaan bahasa dan diksi yang mudah membolehkan pembaca memahami isi kandungan dan mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dalam setiap puisi. Ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni menambahkan lagi minat pemahaman pembaca.
Koleksi Cerita Siti: Rumah Semut Kuala Abai ini menceritakan kehidupan masyarakat Bajau Samah yang berpegang teguh pada budaya tradisi, hidup harmoni dan saling membantu. Siti Zainon Ismail menggambarkan kerajinan dan keharmonian masyarakat ini umpama semut yang hidup saling bekerjasama tanpa sengketa.
Judul-judul lain dalam koleksi ini: Koleksi Cerita Siti: Kampung Pulau Kelapa Koleksi Cerita Siti: Kebun Rama-rama Koleksi Cerita Siti: Mimpi Si Ikan Kaloi

Price range: RM5.00 through RM9.00

Butiran Produk

No. Produk
899320050201149305020101
No. ISBN
9789834930509
Tarikh Terbit
12 Mac 2021
Bil. Halaman (ms)
22
Penulis
Siti Zainon Ismail
Berat (Versi Cetak)
0.10kg
Saiz Buku Audio
12 MB