KININARU

RM30.00

Padam

Penerangan

Walau letaknya terpencil, namun Kampung Simpang Tiga ikut terseret dengan gelora peperangan dan kerakusan kuasa besar melebar pengaruh di Asia. Tanah Melayu menjadi medan peperangan. Inggeris yang sudah lama bertapak di Tanah Melayu telah membahagi-bahagi negeri ini kepada tiga bahagian supaya orang-orang Melayu berpecah. Ini memudahkan mereka untuk mencatur. Haji Dolah membekam rasa. Dia dihimpit resah. Pemimpin kecil dari kampung terpencil merasakan masa depan kampungnya semakin gelap. Rata-rata penduduk kampung diratah kemiskinan. Budaya luar mula menular. Anak-anak muda kampung ibarat tunas tidak berbaja. Ini menekan perasan Haji Dolah. Dia resah gelisah. Dia mahu cucunya balik membuka sekolah dan mengajar anak-anak kampung supaya dapat membaca dan mengira.

Maklumat

No. Produk
899521208554102
No. ISBN/ISSN
9789834608552
Tarikh Terbit
15 Mei 2015
Muka Surat
531
Penulis
Amelia Hashim
Berat (Versi Cetak)
0.48kg