KESANTUNAN BAHASA ETNIK-ETNIK UTAMA DI MALAYSIA
Buku Kesantunan Bahasa Etnik-etnik Utama di Malaysia ini berteraskan penyelidikan dalam usaha memperkukuh perpaduan pelbagai etnik warganegara Malaysia. Buku ini berfokus pada unsur kesantunan bahasa etnik utama yang meliputi etnik Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazandusun. Daripada kajian perbandingan yang dilakukan, jelas bahawa terdapat persamaan yang besar dalam aspek kesantunan bahasa etnik utama di Malaysia, khususnya tentang aspek sistem sapaan dan ungkapan fatis. Paparan perbandingan kesantunan bahasa lima etnik utama ini dapat memperkukuh penghayatan masyarakat segenap lapisan tentang kesantunan bahasa yang perlu senantiasa dipupuk untuk menjulang tamadun bangsa dan pembentukan negara bangsa.
Original price was: RM21.00.RM19.95Current price is: RM19.95.





