KEPERCAYAAN DAN PANTANG LARANG MASYARAKAT TAMIL DI MALAYSIA

RM20.00

Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP sahaja dan TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

Sinopsis

Kepercayaan dan pantang larang merupakan satu warisan turun-temurun yang tidak terhingga nilainya dalam kehidupan masyarakat India di Malaysia, khususnya orang Tamil. Kepercayaan dan pantang larang dibentuk untuk mendidik manusia ke arah kebaikan. Elemen ini telah lama bersebati dalam kehidupan orang Tamil. Walau bagaimanapun, selaras dengan perubahan zaman, pelbagai kepercayaan dan pantang larang mula dipertikaikan kerasionalannya, dirasakan tidak sesuai amalannya pada hari ini dan sesetengahnya juga dianggap karut terutama oleh generasi muda masa kini. Hal ini demikian kerana banyak antara kepercayaan dan pantang larang yang diamalkan tidak menggambarkan bukti yang kukuh pada makna tersurat yang dikemukakan. Hal ini menyebabkan kepercayaan dan pantang larang tersebut seakan-akan tidak rasional untuk difikirkan oleh minda. Namun demikian, jika diperhalusi makna tersiratnya, pelbagai nilai positif dan hujah yang konkrit dapat diketengahkan daripada kepercayaan dan larangan tersebut. Ma

Butiran Produk

No. Produk
390320050201149136840101
No. ISBN
9789834913687
Tarikh Terbit
06 Dis 2017
Bil. Halaman (ms)
137
Penulis
Suresh Kumar N Vellymalay Devisakti Annamali
Berat (Versi Cetak)
0.19kg