Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

KEMBARA SUFI: HIKMAH DAN RAHSIA PERJALANAN NABI MUSA A.S. DAN NABI KHIDIR A.S.

Penulis: AZIZAN ABDUL RAHMAN

Mengungkap tabir perjalanan agung dua insan pilihan Allah SWT,
iaitu Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s .. Buku ini membawa
pembaca menyelami lautan ilmu tasawuf, makrifat, dan laduni yang
jarang dihuraikan secara mendalam. Berpaksikan kisah luar biasa
dalam Surah al-Kahf, buku ini mendedahkan simbolisme spiritual,
makna hakikat dan syariat, serta ketinggian ilmu laduni yang
menjadi anugerah istimewa Ilahi.
Buku ini mengupas persoalan siapakah sebenarnya Nabi Khidir
a.s .? Statusnya sebagai wali, nabi atau malaikat? Serta
pertemuannya dengan Nabi Musa a.s. di Majma’al-Bahrayn. Turut
dihuraikan ialah konsep makrifat, karamah para wali, peranan
mursyid dalam perjalanan rohani, dan hubungan erat antara syariat
dengan hakikat.
Sarat dengan pandangan ulama Rabbani dan refleksi kerohanian,
karya ini menjadi teman penting bagi pencinta ilmu tasawuf,
penuntut kebenaran, dan mereka yang ingin memahami dimensi
batin Islam secara lebih mendalam.
“Satu kembara jiwa yang membuka tabir hikmah di sebalik ilmu
zahir dan batin.”

Original price was: RM40.00.Current price is: RM34.00.

No. Produk: 200320050201149573140101-jendela Kategori: Tag:

Butiran Produk

No. Produk
200320050201149573140101
No. ISBN
9789834957315
Tarikh Terbit
30 Mei 2026
Bil. Halaman (ms)
189
Penulis
AZIZAN ABDUL RAHMAN
Berat (Versi Cetak)
0.23kg