KATA PINJAMAN TERPILIH DALAM BAHASA MELAYU EDISI KEDUA

RM32.00

Padam

Penerangan

Ilmu etimologi adalah subbidang linguistik yang mengkaji sejarah dan asal usul perkataan dalam bahasa. Edisi kedua buku ini meneliti asal usul sebilangan perkataan pinjaman yang terpilih dalam 29 bidang ilmu yang tertentu dalam bahasa Melayu. Antaranya termasuklah bidang adat istiadat, aeroangkasa, alam sekitar, arkeologi, botani, ekonomi, insurans, kesetiausahaan, kesihatan, ketenteraan, komputer, makanan, media, minuman, pakaian, pelancongan, pendidikan, pengurusan harta tanah, penerbitan, pengangkutan, perfileman, pos, sains politik, sejarah, sosiologi keluarga, sosiolinguistik, sukan, tempat tinggal dan undang-undang. Bidang-bidang yang terpilih ini merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat hari ini, manakala perkataan-perkataan yang terpilih pula terdiri daripada perkataan yang amat lumrah digunakan dalam perbualan tanpa menyedari asal usul kata pinjaman tersebut.

Maklumat

No. Produk
499320050201149316040101
No. ISBN/ISSN
9789834931605
Tarikh Terbit
13 Okt 2021
Muka Surat
317
Penulis
S. Nathesan
Berat (Versi Cetak)
0.37kg