ISU-ISU TERPILIH DALAM HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN NEGARA SERANTAU ASIA TENGGARA

RM30.00

Padam

Penerangan

Rantau Asia Tenggara merupakan rantau yang sangat istimewa dalam dasar luar Malaysia. Keunikan ini bukanlah hanya disebabkan oleh faktor sejarah yang mendasari kepada hubungan tersebut, malah turut disumbangkan oleh beberapa faktor lain. Antaranya termasuklah kepentingan geostrategik, faktor kedekatan dan beberapa faktor lain yang menjadikan hubungan ini bertambah istimewa. Ringkasnya, Malaysia tidak hanya terlibat secara aktif dalam kerjasama dengan negara di Asia Tenggara, tetapi dalam masa yang sama, Malaysia sangat sensitif kepada sebarang perkembangan yang berlaku di negara jiran terbabit. Bersandarkan hujah ini, maka buku ini cuba memberikan gambaran sebenar tentang isu yang mewarnai hubungan Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara serta beberapa konsep penting yang mendasari kepada hubungan tersebut. Untuk tujuan tersebut, bab di dalam buku ini membincangkan isu, cabaran dan masa depan hubungan Malaysia dengan negara di rantau terbabit.

Maklumat

No. Produk
327320050201149196140101
No. ISBN/ISSN
9789834919610
Muka Surat
328
Penulis
Ramli Dollah/Wan Shawaluddin Wan Hassan/Rizal Zamani Idris
Berat (Versi Cetak)
0.41kg