ISTIBDAL WAKAF DALAM PEMBANGUNAN
RM21.25
Penerangan
Buku ini memfokuskan tiga bahagian utama dengan menyajikan pelbagai isu dan persoalan berkaitan Istibdal wakaf. Istibdal wakaf merujuk penggantian harta wakaf dengan harta yang lain sama ada melalui pembelian atau penjualan dengan tujuan untuk mengekalkan wakaf. Bahagian pertama manuskrip ini membincangkan teori Istibdal wakaf. Antaranya tinjaun konsep Istibdal dalam pembangunan aset wakaf, peranan Istibdal wakaf dalam pembangunan ekonomi, pemerkasaan instrumen wakaf dengan memfokuskan sumber perolehan hasil wakaf dan struktur asetnya serta pembiayaan pembangunan melalui Istibdal. Bahagian dua pula menumpukan undang-undang Istibdal wakaf. Pandangan fuqaha berhubung Istibdal harta wakaf telah dibincangkan dan dapat dilihat menerusi beberapa bentuk harta wakaf seperti masjid, harta tidak alih selain masjid dan harta alih.