15%

INFITAR

RM21.25

Padam

Penerangan

INFITAR yang membawa maksud “terbelah”, mengangkat secebis daripada rentetan perjuangan orang Melayu menentang Inggeris di Terengganu pada awal abad ke-20. Melalui protagonisnya Wan Derus, kita dibawa menggauli dan mengutip bakti pengorbanan tokoh-tokoh agama seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tukku Sayyid dan Haji Musa Minangkabau, di samping berkongsi semangat juang kaum tani yang diwakili oleh Mat Zin Pelam, Haji Keria, Ismail Kuala Por, Lebai Hassan Kuala Menjing, Abdullah Jurukaka, Mat Tuk Pitas, Bakar Ceting dan ramai lagi. Pada masa yang sama, kita disogokkan dengan keserakahan nafsu orang Inggeris yang menguasai Terengganu melalui peranan yang dimulakan oleh Sir John Anderson, Gabenor Negeri-negeri Selat, kemudian digerakkan oleh Conlay, Humpreys, Cheers, Wynne dan Simmons. Kebangkitan petani yang daif terhadap sistem cukai tanah yang diperkenalkan Inggeris itu menyaksikan pertumpahan darah yang cukup menyentuh perasaan.

Maklumat

No. Produk
899320050201162800340102
No. ISBN/ISSN
9789836280039
Tarikh Terbit
04 Jan 2016
Muka Surat
414
Penulis
S.M. Noor
Berat (Versi Cetak)
0.37kg