Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

EDISI KARYA MALAR SEGAR PENERIMA S.E.A. WRITE AWARD: KUMPULAN CERPEN: CERITA SARAH LEONG

Lewat kumpulan cerpen Cerita Sarah Leong, Malim Ghozali PK mengajak audiens menjenguk ke daerah-daerah yang penuh dengan warna dan misteri kehidupan. Pengarang bukan sahaja memaparkan dunia melankoli, rindu yang tidak kesampaian, sejarah kegemilangan budaya daripada tirani, bahkan dunia orang tidak siuman dalam cerpen “Dia, Dr. Hasni dan Bunga II : Api Marak Semula” dan cinta rentas budaya dalam cerpen “Cerita Sarah Leong”.

Pengarang cukup peka dengan persekitarannya, faham akan realisme sosial, lalu menyampaikan apa yang dilihat dan didengarinya dengan jujur, walau kadangkala menyelitkan juga elemen parodi. Ikonik seperti keseluruhan cerpennya, Malim Ghozali PK menyudahi cerita dengan penutupan terbuka.

Barangkali, baginya audienslah yang paling wajar memahami pengakhiran cerpen-cerpennya. Dua puluh cerpen dalam kumpulan ini mengajak audiens berfikir dan melarutkan imaginasi alam dan persekitaran.

RM16.00

No. Produk: 899320050201149479840201-jendela Kategori:

Butiran Produk

No. Produk
899320050201149479840201
No. ISBN
9789834947989
No. eISBN
978-983-49-5540-3
Tarikh Terbit
02 Mei 2025
Saiz PDF
1 MB