Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

DINGIN SALJU LOUGHBOROUGH

Penulis: Noraini Eslah

Novel ini ditunjangi tiga watak istimewa, iaitu Latifah seorang suri rumah yang aktif memainkan peranannya sebagai Pengurus Butik Anggun Bestari, seorang yang jujur dan lurus bendul; Melissa Johan, seorang pengusaha butik yang terkenal; Zali, penuntut ijazah kedoktoran yang menjadi Presiden Persatuan Penuntut-penuntut Malaysia (PPMI) di Universiti Loughborough. Perkenalan mereka bermula apabila PPMI memulakan perniagaan Butik Anggun Bestari yang memerlukan kerjasama yang erat antara mereka bertiga. Walau bagaimanapun, persahabatan yang terjalin sering dihujani prasangka. Melissa Johan sentiasa menyimpan prasangka terhadap Latifah dan memandang rendah akan kemampuannya sebagai pengurus butik, manakala Zali pula tidak menyenangi kehadiran Latifah dalam urusan perniagaan butik dan persatuan kerana dia mempunyai agenda yang tersendiri.

Original price was: RM23.00.Current price is: RM19.55.

Butiran Produk

No. Produk
899320050201149121140101
No. ISBN
9789834912116
Tarikh Terbit
27 Nov 2016
Bil. Halaman (ms)
339
Penulis
Noraini Eslah
Berat (Versi Cetak)
0.25kg