Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
5%

CERITA RAKYAT SABAH: OKONG SRIKANDI SUNGAI

Penulis: Lailah Elok

Debar di dada Okong semakin kencang. Tiupan angin bagaikan membawa khabar sesuatu yang akan berlaku. Kehijauan hutan seakan berbisik. Hutan menjadi teman sejatinya. Pepohon dan penghuni hutan ialah rakan-rakannya. Namun, tidak semua penghuni hutan dan alam bersifat baik sesama makhluk. Bunyi itu semakin menghampiri. Dedaun dan pepohon kecil diredah dan dipatahkan. Penghuni hutan seakan menangis dan menjerit. Pengait kepala itu muncul lagi memburu mangsa serta membinasakan kampung mereka. Pengait kepala bermata merah, bertubuh tinggi dan besar, telinga berjuntai panjang, gigi yang hitam dan tajam, kuku yang panjang. Pengait kepala dahagakan darah dan daging penduduk kampung. Tiba-tiba di hadapannya menyeringai pengait kepala. Pengait itu memandang Okong dengan renungan yang cukup berselera, bagaikan hidangan enak di depan mata. Pengait ketawa dan terus menghampiri Okong. Okong tersandung, namun cuba bangun untuk mempertahankan dirinya. Ketawa pengait kepala semakin kuat dan nyaring….

Price range: RM4.28 through RM8.00

Butiran Produk

No. Produk
398320050201149154020101
No. ISBN
9789834915407
Tarikh Terbit
28 Dis 2017
Bil. Halaman (ms)
105
Penulis
Lailah Elok
Berat (Versi Cetak)
0.09kg
Saiz PDF
19 MB