Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

CABARAN REMAJA MEMBINA INTEGRITI DIRI

Penulis: Wan Hasmah Wan Mamat / Sangeetajit Kaur Jag Singh / Chua Chu Tee

Buku Cabaran Remaja Membina Integriti Diri diterbitkan bertujuan untuk
menyedarkan dan membimbing remaja bagi menangani cabaran yang
dihadapi dalam kehidupan. Buku ini memberi fokus kepada isu yang berkait rapat dengan kehidupan remaja seperti tipisnya pegangan agama, sumbang
mahram, rasuah, disiplin, pergaulan bebas, perpaduan dan lain-lain. Cabaran
yang dihadapi oleh remaja dipaparkan melalui teks, peta iThink, gambar, carta, dialog dan puisi. Pendekatan ini bertujuan bagi memudahkan remaja memahami cabaran yang dihadapi dan bertindak secara rasional serta
berteraskan nilai integriti dalam menangani cabaran tersebut. Tekad integriti yang difokuskan adalah untuk memantapkan insitusi keluarga dan komuniti, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat, memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara menyeluruh dan berkesan serta meningkatkan etika dan kecekapan tadbir urus organisasi.

RM8.50

Butiran Produk

No. Produk
305521117053101
No. ISBN
9789834617059
Tarikh Terbit
02 Mei 2014
Bil. Halaman (ms)
42
Penulis
Wan Hasmah Wan Mamat / Sangeetajit Kaur Jag Singh / Chua Chu Tee
Berat (Versi Cetak)
0.15kg