BILAH KAYAK MEMBELAH SAMUDERA: DIARI MURAD KASSIM PENDAYUNG KAYAK SOLO NEGARA
“…Mendayung kayak pada masa ini seumpama menunggang kuda gila. Ibu ombak dan anak-anaknya mengamuk menghempas tubuh kayak saya. Saya memegang pendayung erat-erat dan cuba mengawal kayak daripada teroleng-oleng. Hujan lebat,
angin kencang dan ombak yang mengganas boleh menjadi gabungan yang baik untuk mengirimkan malapetaka…”.
Murad Kassim berkayak selama 52 hari secara solo mengelilingi Semenanjung Malaysia meliputi jarak sebanyak 1895.19 kilometer dari Kuala Perlis, Perlis ke Kota Bharu, Kelantan. Mendayung kayak secara solo ialah kerja yang hampir mustahil pada seorang insan biasa. Jasad bagaikan didera oleh alam sekitar, perasaan dan fikiran bagaikan terseksa, malah nyawa hampir menemui titik noktah.
Pengembaraan Murad Kassim ini telah berjaya mendokumentasikan himpunan pengalaman pahit getir sepanjang beliau berada di persekitaran tepi pantai Semenanjung Malaysia. Beliau memerah seluruh keringat, daya ikhtiar hidup, kreativiti dan daya saing untuk bernafas dalam pelbagai keindahan bentuk muka bumi dan ciri geografi gelombang samudera. Catatan beliau juga berkesempatan menyelami sosiobudaya, sejarah dan kisah
menarik hampir di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.
Buku ini mampu memenuhi selera jiwa kembara pembaca dan jangan lepaskan peluang untuk mengembara bersama-sama legenda hidup ini.
Price range: RM61.00 through RM73.10





