Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

BEDAR SUKMA BISU

Penulis: Faizal Tehrani

Syahdu mempesonakan, kisah sebuah semenanjung. Tanahnya emas, lautannya perak berkilauan. Ada pohon dan tanam-tanaman. Ada hujan menyegarkan. Ada sungai-sungai mengalir perlahan. Ada awan-gemawan melitupi meneduhkan. Ada binatang jinak sering bermanjaan. Ikan-ikan semuanya boleh dimakan. Ada laut yang bergelora permukaan tetapi tenang di dalam. Wefada tidak pernah lelah belayar, sejak masih anak-anak. Dia keluarga dari lautan. Wefada juga dilanda cinta muda, sejarah lampau dan kemelut suadara. Kisah pelayaran menyusuri Nusantara yang agam gemilang oleh ketamadunan Melayu – Islam. Di sini kita akhirnya mengerti, mengapa alam emas ini sering menjadi rebutan, menjadi tarikan dan tumpuan. menjadi sukma di hati. Sebuah saga tepu falsafah, tentang laut, bedar, niaga, perang, cinta, tauhid, peradaban dan sejarah luka. Bedar Sukma Bisu pasti menggugah rasa.

Original price was: RM25.00.Current price is: RM21.25.

Butiran Produk

No. Produk
899320050201162965240103
No. ISBN
9789836296528
Tarikh Terbit
20 Okt 2015
Bil. Halaman (ms)
312
Penulis
Faizal Tehrani
Berat (Versi Cetak)
0.26kg