Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
5%

ASAS BAHASA AL-QURAN

Penulis: Syazwan Naim Ibrahim

Asas Bahasa al-Quran ialah naskhah asas yang membuka pintu kepada penghayatan bahasa wahyu Ilahi. Ditulis khusus untuk masyarakat umum yang ingin memahami al-Quran daripada akar bahasanya, buku ini membimbing pembaca mengenali huruf, vokal, dan struktur asas bahasa Arab al-Quran secara mudah dan sistematik. Diperkaya dengan surah pilihan penulis, perbendaharaan kata, kaedah tatabahasa, mutiara bahasa al-Quran serta latihan pengukuhan, setiap unit disusun bagi membantu pembaca membina kefahaman dan penghayatan mendalam terhadap ayat-ayat suci. Buku ini turut diserikan dengan rujukan tafsir dan ulasan penulis bagi menekankan nilai estetika bahasa al-Quran serta sorotan istimewa terhadap perkataan Arab yang mempunyai pengaruh langsung terhadap bahasa Melayu. Sebagai panduan asas yang komprehensif, buku ini amat sesuai untuk kegunaan kendiri, pengajaran formal serta sebagai bahan sokongan dalam usaha memperkasakan pembelajaran dan penguasaan bahasa Arab berasaskan al-Quran dalam kalangan umat Islam di Malaysia.

Original price was: RM25.00.Current price is: RM23.75.

No. Produk: N/A Kategori:

Butiran Produk

No. eISBN
978-983-49-5733-9
Penulis
Syazwan Naim Ibrahim
Saiz PDF
31 MB