Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

ANTOLOGI PUISI: GEMA NABALU

Penulis: Zaiton Ajamain/Asmiah Ajamain

Antologi yang diilhamkan oleh aktivis sastera Sabah ini diolah untuk menggambarkan persepektif peribumi negeri ini kesan daripada tragedi gempa bumi Gunung Kinabalu yang berlaku pada 5 Jun 2015. Secara dasar ia mengadun citra tempatan dalam acuan sentimen nasional kerana kesedihan akibat gempa bumi ini, tidak wajar dihakmilikkan secara ekslusif oleh penduduk Sabah sahaja. Sehubungan dengan itu itu falsafah asas yang digunakan untuk mencipta juzuk naratif antologi ini adalah berkonsepkan “refleksi” sebagai satu sudut pandang dalam mendekati peristiwa malapetaka – iaitu tidak menganggapnya sebagai musibah dan kesedihan semata-mata bahkan juga menerimanya sebagai satu bentuk muhasabah dan penilaian diri.

RM13.00

Butiran Produk

No. Produk
899320050201149122840101
No. ISBN
9789834912284
Tarikh Terbit
02 Mei 2018
Bil. Halaman (ms)
131
Penulis
Zaiton Ajamain/Asmiah Ajamain
Berat (Versi Cetak)
0.19kg