Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

ANGIN DARI ULU

Penulis: Azaha Haji Othman

Angin dari Ulu merupakan sebuah novel sejarah yang mengisahkan masyarakat tani di Ulu Terengganu pada tahun 1920-an yang bangun memperjuangkan hak dan masa depan mereka daripada cengkaman dan penindasan pemerintah kolonial. Undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Terengganu pada masa itu telah melarang masyarakat tani membuka tanah baharu dan mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka. Ini menimbulkan kemarahan kepada masyarakat di Ulu Terengganu. Pemerintah kolonial pula semakin menekan mereka dengan pelbagai bentuk serangan, penangkapan dan pembunuhan. Keadaa yang huru-hara itu cuba diredakan oleh seorang tokoh agama dan pemimpin tempatan yang dihormati di Ulu Terengganu, Haji Abdul Rahman Limbong. Demi hak dan masa depan, mereka sanggup merempuh badai, memperjuangkan apa yang sepatutunya kepunyaan mereka.

Original price was: RM12.00.Current price is: RM10.20.

Butiran Produk

No. Produk
899521113764102
No. ISBN
9789834613761
Tarikh Terbit
30 Dis 2013
Bil. Halaman (ms)
152
Penulis
Azaha Haji Othman
Berat (Versi Cetak)
0.16kg