ANALISIS TEKA-TEKI ETNIK DI SABAH: DUSUN LIWAN, DUSUN KIMARAGANG, LUNDAYEH, RUNGUS
Buku Analisis Teka-teki Etnik di Sabah (Dusun Liwan, Dusun
Kimaragang, Lundayeh dan Rungus) mengandungi empat
bab. Istimewanya, setiap bab dalam buku ini memuatkan
hasil kajian analisis teka-teki bagi empat etnik yang berbeza,
iaitu etnik Dusun Liwan, Dusun Kimaragang, Lundayeh dan
Rungus. Penulisan buku ini merupakan hasil kajian para
penyelidik yang arif dalam bidang berkenaan, berpengalaman
dan sering menjadi pakar rujuk. Penulisan ini mewakili etnik
masing-masing.
Setiap bab dalam buku ini memuatkan maklumat latar
belakang secara umum, iaitu asal usul, geografi, sistem
sosial, ekonomi, pendidikan, kepercayaan dan agama etnik
berkenaan. Penulisan hasil kajian para penyelidik menerangkan
konsep teka-teki, jenis-jenis, ciri-ciri, bentuk dan tema yang
terkandung dalam teka-teki etnik tersebut. Selain itu, turut
diketengahkan analisis pemikiran, perkaitan aspek budaya,
sastera dan bahasa yang terkandung dalam teka-teki. Yang
menariknya kegunaan teka-teki tersebut dalam masyarakat
pemiliknya turut disenaraikan. Semua contoh teka-teki yang
disenaraikan adalah dalam bahasa asal etnik Dusun Liwan,
Dusun Kimaragang, Lundayeh dan Rungus. Namun, teka-teki tersebut diterjemahkan dalam bahasa Melayu untuk
memberikan kefahaman kepada pembaca.
Buku ini boleh menjadi bahan bacaan yang menarik
kerana buku seumpama ini belum ada dalam pasaran.
Pastinya, pembaca umum, para pelajar, pensyarah, penyelidik
dan pencinta sastera rakyat menanti kemunculan bahan
bacaan istimewa teka-teki etnik di Sabah. Ayuh, miliki buku ini!
Original price was: RM21.00.RM19.95Current price is: RM19.95.





