Langgan DBPMalaysia

Ayuh, sama-sama kita saksikan kehebatan para pendeklamasi dalam menyuarakan rasa isi hati atas penderitaan rakyat Palestin. Sama-sama kita menyumbangkan dana bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin.

BACA PUISI: SUARA DARI LEMBAH GAZA menampilkan seramai 22 orang pendeklamasi termasuklah Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, SN Dato’ Anwar Ridhwan, SN Datuk Dr. Siti Zainon Ismail, Dr. Lim Swee Tin, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom dan pendeklamasi yang lain.

Saksikan juga penampilan istimewa Aris Ariwatan (Tetamu Senja), Siso (Balada Gadis Kecil) dan Dr. Shafa’atussara Silahudin (Syair Derita Palestin).

Saksikan Baca Puisi: Suara dari Lembah Gaza menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP pada 25 Julai 2021 (Ahad), pukul 11.00 pagi. Sama-sama kita membantu rakyat Palestin.

#DoauntukPalestin
#SelamatkanPalestin
#PuisiAmaluntukPalestin
#MendukungPerjuanganBersama

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: