Langgan DBPMalaysia
Ayuh sama-sama kita saksikan penampilan para pemuisi dalam menyuarakan rasa kemanusiaan atas penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. Marilah kita bersama-sama berganding bahu meringankan penderitaan rakyat Palestin menerusi sumbangan dana melalui Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-YWM (Yayasan Waqaf Malaysia) Bank CIMB (86-0221818-6) ruj.:DBP Palestin.
Baca Puisi Suara Kedamaian Peringkat Wilayah Utara akan menampilkan seramai lapan orang pemuisi, iaitu Che Nu Alinar binti Mohamed, Mawarni binti Ibrahim, Zaheera binti Ibrahim, Saiful Ghazali dan pendeklamasi lain yang mewakili persatuan penulis dari wilayah utara. Saksikan juga penampilan istimewa pemuisi pelbagai kaum seperti Dr Saravanan a/l Veeramutu (Puisi “Mendepani Sang Andeka”) dan Dr. Boon Jong Fook (Puisi “Gaza Melara”)
Jangan lupa janji temu kita Baca Puisi Suara Kedamaian Peringkat Wilayah Utara yang akan bersiaran menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP pada 27 Julai 2021, pukul 8.00 hingga 9.00 malam.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: