Langgan DBPMalaysia

SUARA DARI LEMBAH GAZA SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Ayuh, sama-sama kita saksikan suara kemanusiaan gabungan persembahan puisi, puisi etnik, syair dan nyanyian yang menampilkan seramai 20 orang termasuklah YB Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif, Menteri Tugas-tugas Khas Sabah mewakili YAB Ketua Menteri Sabah serta wakil-wakil persatuan yang diterbangkan khas dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Saksikan juga penampilan istimewa Min Yasmin (Nyanyian semula lagu “Beri Kami Masa Kecil”) dan Muhammad Fadhil Arif (Dendangan Syair Lambaian Palestin).

Suara dari Lembah Gaza Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bersiaran menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP pada 26 Julai 2021 (Isnin), pukul 9.00 malam.

Sama-samalah kita menyumbangkan dana bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin.

#DoauntukPalestin
#SelamatkanPalestin
#PuisiAmaluntukPalestin
#MendukungPerjuanganBersama

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: