Langgan DBPMalaysia

Mari kita dengarkan resensi buku berjudul Kumpulan Pantun Bumi Dipijak Langit Dijunjung yang akan disampaikan oleh YBhg. Dato’ A. Aziz Deraman, mantan Ketua Pengarah DBP dan juga Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN). Buku ini merupakan karya terbaharu penulis Ahmad Sarju. Ahmad Sarju ialah seorang penulis yang terkenal dengan puisi patriotik. Antara karya beliau yang telah diterbitkan oleh DBP ialah Antologi Puisi Pemenang Hadiah Sastera Perdana 1996-2005 Tanah Nurani, Kumpulan Puisi Bahasa Bangsa Merdeka, Kumpulan Pantun: Pantun Berkait Mengejar Pelangi dan Bunga Waktu. Dengarkan kupasan tentang buku ini. Jangan lupa untuk dapatkan buku ini melalui laman sesawang www.dbpniaga.my atau kunjungi kedai buku DBP.

#BahasaJiwaBangsa

#DBPNiaga

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Tinggalkan Balasan

Kongsi

error: