Langgan DBPMalaysia

Mari kita dengarkan resensi buku berjudul Di Bawah Langit Rampai Sastera Melayu Baru Patani yang akan disampaikan oleh Dr. Suraiya Chapakiya, pensyarah di Universiti Fatoni, Thailand. Beliau bergiat aktif dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu di Selatan Thailand. Beliau turut menghasilkan buku, artikel dan puisi di dalam dan luar negara. Buku yang akan dikupas oleh beliau ini merupakan hasil selenggara Nawawee Mohammad. Buku ini menghimpunkan puisi, cerpen dan esei sastera. Turut diceritakan dalam buku ini adalah tentang isu semasa yang berlaku di Patani. Dengarkan kupasan beliau tentang buku ini. Jangan lupa untuk dapatkan buku ini melalui laman sesawang www.dbpniaga.my atau kunjungi kedai buku DBP.

#BahasaJiwaBangsa

#DBPNiaga

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Tinggalkan Balasan

Kongsi

error: