Video ini merupakan satu daripada bahan sokongan digital Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid sekolah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pantun Seni Warisan memaparkan lima buah bangunan ikonik di sekitar ibu kota Kuala Lumpur dan dipadankan dengan pantun daripada buku Kurik Kundi Merah Saga terbitan DBP.