Langgan DBPMalaysia
Malam kemuncak Suara dari Lembah Gaza akan diadakan pada hari ini, 31 Julai 2021 (Sabtu), pukul 9.00 malam. Program ini akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia serta turut dihadiri oleh YB Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia.
Antara tokoh yang akan mendeklamasikan puisi pada malam ini ialah YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaari, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, YBhg. Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Perlis, Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh serta nyanyian lagu Mikraj Cinta oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
SDLG akan disiarkan secara langsung melalui media sosial DBP Malaysia, iaitu Facebook, Twitter, YouTube dan pelantar digital DBP, Jendela DBP.
Orang ramai boleh turut menyumbang melalui:
Tabung Musa’adah Covid 19 JAKIM YWM
(Yayasan Waqaf Malaysia)
86-0221818-6 (Bank CIMB Islamic)
Ruj.: DBP Palestin
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: