home monitoring system
cold pressed juice overtourism
19 Mac 2022, 16:45

Istilah Sumber home monitoring system
Istilah Sasaran sistem pemantauan dari rumah

Sistem pengawasan pesakit di rumah secara jarak jauh melalui peranti dan aplikasi tertentu. Sistem ini membolehkan pesakit yang menghidap penyakit kronik memantau data tertentu seperti tekanan darah dan berkongsinya secara dalam talian dengan doktor atau pengamal kesihatan yang berkaitan. Pemantauan data kesihatan secara berkala dengan menggunakan sistem ini membolehkan doktor atau pengamal kesihatan menyesuaikan serta mengubah rawatan dan keperluan ubat jika perlu.

Bidang: Teknologi Maklumat

Kongsi