Oleh
Afiqah binti Harithuddin
•
20 Julai 2020, 23:01
Istilah Sumber outsourcing
Istilah Sasaran penyumberluaran
Tindakan pengurusan organisasi yang melibatkan pihak luar atau pihak ketiga, selain menggunakan sumber dalaman yang sedia ada. Tujuan utama penyumberluaran adalah untuk mencapai tahap kos operasi yang lebih berkesan dan keperluan kepakaran luar yang tidak terdapat dalam organisasi tersebut. Contohnya, memberikan kontrak kepada syarikat luar bagi menyelenggarakan aset dengan kos yang lebih rendah berbanding sekiranya aktiviti tersebut dijalankan sendiri oleh organisasi berkenaan.
Bidang: Pengurusan