pengarang koresponden
busana 13072021 pembuat roti
Oleh M. Hafiz
27 Julai 2021, 23:38

Istilah Sumber corresponding author
Istilah Sasaran pengarang koresponden

Individu yang bersama-sama menyediakan makalah dengan beberapa pengarang dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk berkomunikasi terhadap jurnal yang ingin diterbitkan bermula dari penyerahan manuskrip, kajian semula setara sehingga kepada proses penerbitan dengan memastikan semua keperluan pentadbiran jurnal dipatuhi. Pengarang koresponden biasanya akan bersedia untuk menjawab segala persoalan sepanjang proses pertanyaan editorial dan setelah jurnal tersebut diterbitkan. Pengarang koresponden terdiri daripada penyelidik kanan atau ahli akademik, seperti profesor kanan atau penyelidik utama yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman penerbitan.

Bidang: Pendidikan

Kongsi