Oleh
M. Hafiz
•
23 Oktober 2020, 18:04
Istilah Sumber top-down ppproach
Istilah Sasaran pendekatan atas-bawah
Kaedah perancangan dan proses pembuatan keputusan yang dibuat pada peringkat pengurusan atasan terlebih dahulu, sebelum arahan tindakan disalurkan ke peringkat-peringkat lain dalam organisasi. Melalui pendekatan ini, pihak yang merancang dan membuat keputusan mempunyai maklumat menyeluruh tentang organisasi dan faktor-faktor luaran yang boleh menentukan hala tuju dan masa depan organisasi, sebelum keputusan dibuat. Lihat juga pendekatan bawah-atas.
Bidang: Pengurusan